Objektif Penubuhan Alumni

Tujuan penubuhan kumpulan alumni ini adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar yang telah menimba ilmu di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Pasir Mas (SMUAPM) yang kini dikenali sebagai Maahad Muhammadi Pasir Mas, serta merapatkan hubungan silaturrahim diantara bekas-bekas pelajar khususnya pelajar lelaki yang pernah menjadi sebahagian dari sekolah ini sejak dari tahun 1999 hingga 2004 dan seterusnya saling kenal mengenali diantara satu sama lain.

Antara lain objektif penubuhan alumni ini juga adalah untuk mengutip dana tabung bagi membantu ahli alumni yang ditimpa kesusahan, kemalangan dan seumpanya bagi membantu meringankan beban yang dihadapi. Persatuan juga berperanan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli alumni khususnya yang berdaftar sebagai ahli persatuan.